BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 11, 2018

PENGHUJUNG TIRAI 2018

Assalamualaikum.


Tirai 2018 kian berlabuh.

Hari demi hari kita menghitung waktu untuk menuju ke tahun baru iaitu tahun 2019.

Sudah tentu semangat dalam diri berkobar2 bagi membuka lembaran tahunan atau "buku baru" mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Dalam kesibukan kita mengejar dunia, sentiasa mengingatkan diri ini malah rakan2 sekalian untuk tidak terlalu leka dengan permainan/sandiwara dunia semata-mata. Segala rencana kehidupan yang dirancang hendaklah berteraskan konsep keagamaan dan keakhiratan. Hal ini demikian kerana, agama merupakan tunggak terpenting dalam pembentukan nilai murni dan sahsiah individu.

Akhir kalam, semoga kita diberikan kesempatan dengan izinNya untuk menyambut kedatangan tahun baru seiring dengan kebaikan dan amal ibadat menuju ukhrawi, InshaAllah :)