BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 1, 2011

pusara dalam masjid

 KUBUR di dalam masjid kedengaran agak janggal namun keunikan itu benar-benar berlaku di Masjid Tengku Razaleigh, Kampung Baru, Gua Musang, Kelantan.
Ini menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya terutama di kalangan penduduk luar bagaimana keadaan sedemikian berlaku. 
Kedudukannya yang terletak di ruang solat itu menyebabkan jemaah yang bersembahyang di hadapan, belakang, kiri dan kanan kubur itu ditutupi dengan kotak kayu.

Kubur yang sudah berusia lebih 60 tahun itu terletak di bahagian saf ketiga di dalam ruang masjid terbabit mempu�nyai sejarahnya tersendiri.

Berdasarkan sejarah, kubur itu adalah kepunyaan seorang penduduk kampung iaitu seorang wanita mengandung yang meninggal dunia akibat ditembak ketika berlaku perang pada zaman darurat.


Pada zaman itu kekejaman komunis berleluasa sehing�ga mengakibatkan banyak nyawa penduduk kampung terkorban dan banyak jenazah dikebumikan di tapak masjid berkenaan.

Bagaimanapun, hanya kubur terbabit ditanda dan dapat dikesan sebelum masjid itu dibina sekitar tahun 70-an. Akhirnya, seluruh penduduk bersetuju untuk membiarkan tapak kubur berkenaan berada dalam kawasan masjid.

Penduduk, Zahari Abdul Rahman, 49, berkata, kejadian berlaku sekitar 1948 iaitu waktu itu komunis sedang bermaharajalela di daerah Gua Musang.

“Saya difahamkan pada waktu itu komunis menembak secara rambang dan tembakan terkena perut wanita mengandung itu sehingga janinnya terkeluar,” katanya.

Beliau berkata, oleh kerana keadaan ketika itu diisytiharkan darurat, jenazah mangsa yang terkorban terus dikebumikan di kawasan tapak masjid itu.

“Sebenarnya masih banyak kubur lain terdapat pada tapak masjid ini tetapi hanya kubur ini yang bertanda.

“Sekitar 1978, apabila penduduk mula membina masjid baru serta meluaskannya, ia menyebabkan kubur terus dikekalkan di dalam ruang masjid ini.

Zahari berkata, kubur itu sebelum ini hanya dikelilingi pagar besi setinggi kira-kira satu meter tetapi penduduk bersepakat membuat kotak supaya tidak mengganggu jemaah.

“Kubur dalam masjid ini menyebabkan orang ramai datang berkunjung termasuk dari luar bandar Gua Musang yang singgah bermusafir dan bersolat di sini,” katanya.


0 comments: